Taklimat Harian Bukan Ganti Tugas Jurucakap Kerajaan – PMO

KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu pertindihan tugas atau menggantikan peranan Jurucakap Kerajaan dengan wujudnya Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang bermula hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, menjelaskan bahawa taklimat harian PMO bertujuan memberikan perkembangan terkini mengenai gerak kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta menjelaskan isu-isu mendesak.

Jelasnya lagi Menteri Komunikasi, Fahmi Farzil kekal bertanggungjawab dalam menjelaskan dasar kerajaan serta keputusan mesyuarat Jemaah Menteri melalui sidang medianya yang diadakan setiap minggu, biasanya pada hari Jumaat.

“Taklimat harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan, sebaliknya berfungsi sebagai pelengkap bagi memperkukuh komunikasi kerajaan.

“Dengan strategi komunikasi yang lebih menyeluruh, kerajaan dapat memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat serta menangani penyebaran fitnah dan maklumat palsu dengan lebih pantas dan berkesan,” katanya dalam sesi taklimat yang disiarkan menerusi laman Facebook Perdana Menteri.

BBerkaitan

Latest articles