KUALA LUMPUR: Dakwaan Rafizi Ramli kononnya Barisan Nasional (BN) akan terkubur dalam tempoh beberapa tahun lagi sekali lagi disambut sinis oleh pemimpin parti itu.
“Alamak! Ini amaran berat!,’” sindir Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau mengulas ramalan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa BN dan UMNO akan terkubur dalam tempoh enam tahun lagi.
”Saya yakin UMNO dan BN akan berkubur dalam tempoh lima, enam tahun lagi. Itu saya yakin.
”Mustahil parti yang sudah begitu rosak begini boleh bina balik kekuatan dari bawah untuk mendepani cabaran dalam diri. Mustahil. Saya tidak bimbag langsung,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam satu program parti itu baru-baru ini.
Ahmad Shabery bertanya, seandainya semua pasti akan ‘akan habis’, siapa lagi yang tinggal.
Takkan hanya PRR dan DAP sahaja, soalnya.