Takiyuddin Sahkan Pejuang Dan Berjasa Mohon Sertai PN

KOTA BHARU: Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN menerima dua permohonan iaitu dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) untuk menyertai gabungan PN.

Takiyuddin berkata, PN akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung permohonan tersebut.

Menurut beliau, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membawa permohonan berkenaan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

“Mesyuarat akan diadakan dalam jangka masa terdekat namun tarikh masih belum diketahui bagi memutuskan mana-manas parti yang mwmohon menyertai PN.

“Sebenarnya ada dua permohonan iaitu daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuag) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) untuk menyertai PN,” katanya selepas Program Prihatin Kota Bharu Cakna Kota Lama di Jalan Kebun Sultan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Pejuang mengumumkan Hasrat untuk menyertai PN. Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah mengutuskan sepucuk surat kepada Muhyiddin berkenaan permohonaan itu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas itu berkata, situasi ini menunjukkan PN menarik minat yang bukan saja individu dalam kalangan orang biasa, malah parti politik.

“Walaupun kita belum lagi menjadi kerajaan di peringkat persekutuan, tetapi sudah ada sambutan pada parti,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles