More

    Tak Tertekan Dengan Gesaan Segerakan PRU15

    SHAH ALAM: Meskipun banyak suara di dalam UMNO supaya menyegerakan pembubaran Parlimen, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak berasa tertekan dengan gesaan itu.

    Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sama ada dalam masa terdekat ataupun sebaliknya.

    “Tak penting pun bila tarikh pilihan raya akan diadakan, tapi parti sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Jadi tiada tekanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor, hari ini.

    Untuk rekod, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada Mac lalu mendesak kerajaan untuk segera mengadakan PRU15 ekoran beberapa siri kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini