More

    Tak Salah Jika Umno, BN Semak Kerjasama Dalam PN

    Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bahawa gabungan itu termasuk Umno mempunyai asas tertentu dalam menilai semula kedudukan mereka di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

    “Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dalam semua tindakan dan dahulukan kepentingan rakyat.

    “Kita perlu stabilkan politik negara, kita juga perlu perkuatkan perpaduan melayu,iaitu asas kestabilan politik negara.

    “Umno, PAS dan PPBM sama-sama bertanggungjawab mewujudkan perpaduan tersebut,” katanya memetik hantarannya di Facebook, semalam.

    Annuar yang juga Setiausaha Aging Bersama Muafakat Nasional (MN) menegaskan apa yang penting buat masa ini adalah usaha memulihkan kembali ekonomi negara dan meringankan beban rakyat di kala Malaysia dilanda pandemik Covid-19.

    “Tidak salah untuk Umno, PPBM dan PAS kembali ke ‘drawing board’ politik agar kita dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia.

    “Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak. Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara kita,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini