Tak Salah Jika Umno, BN Semak Kerjasama Dalam PN

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bahawa gabungan itu termasuk Umno mempunyai asas tertentu dalam menilai semula kedudukan mereka di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dalam semua tindakan dan dahulukan kepentingan rakyat.

“Kita perlu stabilkan politik negara, kita juga perlu perkuatkan perpaduan melayu,iaitu asas kestabilan politik negara.

“Umno, PAS dan PPBM sama-sama bertanggungjawab mewujudkan perpaduan tersebut,” katanya memetik hantarannya di Facebook, semalam.

Annuar yang juga Setiausaha Aging Bersama Muafakat Nasional (MN) menegaskan apa yang penting buat masa ini adalah usaha memulihkan kembali ekonomi negara dan meringankan beban rakyat di kala Malaysia dilanda pandemik Covid-19.

“Tidak salah untuk Umno, PPBM dan PAS kembali ke ‘drawing board’ politik agar kita dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia.

“Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak. Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara kita,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hamzah Sudah Pulih COVID-19

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas. Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang juga...

17 MPV Kejar Seorang Suspek Pengedar Dadah

Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Johor Bahru, malam tadi. Sebanyak 17 kereta peronda polis (MPV)...

Pelajar Orang Asli Terkesan Dalam Pembelajaran Kerana Capaian Internet Yang Lemah

Kesukaran mendapatkan akses kemudahan internet di kawasan kampung semakin membimbangkan apabila ada pelajar yang dapat mengikuti kelas secara atas talian agak lewat berbanding waktu...

Ibu, Anak Maut Digilis Lori

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a – 6/3a Pusat Bandar Utara...

PEJUANG Nak Pakai Logo AMANAH Untuk PRU15?

Selepas Parti Pejuang Tanah Air atau PEJUANG didakwa sedang berbincang dengan parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) untuk mengambil alih parti, kini parti pimpinan...