Tak Perlu Perguna Wanita Bertudung Bergoyang-goyang Promosi Produk

KUALA LUMPUR: Setiap wanita bertudung bukan sahaja perlu muhasabah diri, malah orang-orang di sekelilingnya juga perlu menghormati dan tidak memanipulasi mereka semata-mata untuk melariskan jualan.

Pelakon wanita, Noorkhiriah berkata tindakan bertentangan itu pastinya mencalarkan imej golongan tersebut.

Malah Noorkhiriah, 49, menegur wanit bertudung untuk memelihara keperibadian mereka dan tidak menari-nari serta bergoyang-goyang di media sosial demi meraih perhatian kerana menjual produk.

“Sesiapa yang nak buat review produk besar ke, kecil ke apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak? Menjatuhkan maruah.

“Atau engkau orang saja memang nak menjatuhkan maruah wanita bertudung? Sebab itu, bertudung itu menutupi dada, labuh. Bila dah labuh, tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak.

“Buat relax sudah, semua orang tahu apa disebalik tudung. Pakai tudung ikat leher lepas itu tergoyang-goyang. Motif apa?” tegurnya di Instagram.

Noorkhiriah berkata, sebagai wanita, mereka perlu meletakkan hukum Allah SWT dalam setiap perbuatan.

“Saya tak nak cakap besar, tetapi selagi punya kudrat, walaupun makan kicap sekalipun saya tak akan buat review sebegini.

“Memang ada yang suka, tetapi Allah murka. Tolonglah, saya tak nak butakan mata, akhirat nanti semua Allah tanya.

“Saya sayang semua wanita, jagalah maruah kita,” tulisnya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini