“Tak Perlu Jonker Walk 2.0” – Exco Pelancongan Melaka

KUALA LUMPUR: Pertikaian mengenai inisiatif mewujudkan satu lagi Jonker Walk akhirnya ‘dinoktahkan’ oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dengan menegaskan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

Tegasnya Jonker Walk di Jalan Hang Jebat yang wujud sejak 25 tahun lalu sudah cukup untuk menampung kedatangan pelancong ke negeri ini.

Beliau juga menambah Melaka tidak memerlukan Jonker Walk 2.0 yang kononnya sebagai usaha berterusan merancakkan sektor pelancongan negeri.

“Tiada keperluan Jonker Walk 2.0 ini lebih-lebih lagi di Jalan Hang Tuah.

“Jonker Walk sedia ada (di Jalan Hang Jebat) sudah cukup untuk tampung pelancong,” katanya melalui satu hantara di Facebook (FB) rasminya malam ini.

Terdahulu DAP Melaka melahirkan hasrat bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall, Jalan Hang Tuah.

Setiausaha Organisasinya Low Chee Leong berkata, pasar malam seperti Jonker Walk atau Jonker Walk 2.0 terdiri daripada pelbagai kaum dan bukanlah didominasi kaum Cina sahaja.

Bagaimanapun cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat.

BBerkaitan

Latest articles