More

    Tak Perlu Jadi Isu Baju Oren SPRM

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai untuk tidak menjadikan isu pemakaian baju oren kepada Orang Kena Tuduh (OKT) yang ditahan agensi itu.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azam Baki berkata pemakaian baju bewarna oren adalah untuk membezakan OKT dengan orang awam dan bertujuan untuk memudahkan tugas selain dilakukan berdasarkan undang-undang.

    “Saya nak bertanya juga kepada yang bertanya. Apa masalahnya baju oren ini. Jabatan polis juga pakai baju ungu. Tak ada pun isu.

    “Kalau tak cakap baju oren menggari pun, polis gari orang, tapi bila SPRM pakaikan baju oren atau menggari, timbul pula isu.

    “Perkara-perkara sebegini pada saya tak sepatutnya menjadi satu polemik. Kami menjalankan tugas dengan telus dan berkesan,” katanya dalam wawancara melalui macc.fm.

    Ujar Azam, pemakaian baju berkenaan adalah bertujuan menunjukkan mereka adalah tahanan selain mengelakkan mereka daripada melarikan diri atau hilang.

    Pun begitu, pemakaian baju oren di kalangan OKT ketika dibawa ke mahkamah adalah bergantung kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berdasarkan faktor-faktirt tertentu.

    “Kalau saya nak fikirkan satu juta pendapat boleh ke tak boleh, susah saya nak jawab.

    “Jadi, kami diberikan kuasa dan amanah dan saya rasa cara terbaik saya ambil jalan tengahlah memenuhi pihak yang diluar sana yang bercakap tentang human right dan sebagainya.

    “Saya rasa human right, human right juga tapi kamu kena fikir sama hak orang ramai. Bagi kami yang menjalankan tugas ini perlu difikirkan juga. Mereka mahu kami menjalankan tugas dengan baik dan berkesan,” ujar Azam.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini