Tak Perlu Bincang Jika Bekas Pemimpin, Ahli Mahu Sertai Parti Semula – Umno Sabah

Pengarah Komunikasi Umno Sabah, Ghazalie Ansing menepis pandangan beberapa pihak yang mahukan parti mempertimbangkan permohonan mana-mana individu yang mahu menyertai semula Umno.

Salleh Keruak Sahkan Permohonannya Untuk Kembali Menyertai UMNO

Batal Permohonan Sertai PKR, Salleh Said Mohon Jadi Ahli Umno Semula

Mengulas isu permohonan semula bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ghazalie berkata parti terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu berjuang atas nama parti.

“Justeru tidak timbul soal perlunya perbincangan pengerusi Umno Sabah bersama ketua bahagian terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan bekas pemimpin dan ahli Umno,” katanya.

Reaksi Ghazalie menyusul selepas Ketua Umno Kota Belud Fadli Juanas mahu permohonan mereka yang telah meninggalkan Umno dan kini mahu bersama parti semula dikaji semula dari segala sudut.

Salleh, yang juga bekas bendahari Umno kini menyatakan mahu menyertai semula Umno selepas bertindak keluar parti pada hujung Disember 2018, akibat kekalahan gabungan Barisan Nasional (BN) terhadap Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau juga memaklumkan telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR atas alasan kemelut politik dalaman parti itu yang tidak berkesudahan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini