Tak Pelik, Tahun 1996, 2001 Pun Jawatan Presiden, Timbalan Tak Dipertandingkan

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempertahankan keputusan parti untuk tidak mengadakan pemilihan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Tambahnya Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) baru-baru ini bukan yang pertama menyaksikan dua jawatan penting dalam UMNO tidak dipertandingkan.

Beliau menyorot sejarah pada tahun 1996 apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencadangkan tidak mempertandingkan jawatan nombor satu.

“Perwakilan mengemukakan usul baru yang dipersetujui oleh Tan Sri Ninam Shah, Pengerusi Tetap agar dimasukkan juga jawatan no 2 tidak dipertandingkan. PAU bersetuju. Ketika itu No 1, Dr Mahathir. Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi Facebook.

Sekali lagi dua jawatan itu dikecuali dari dipertandingkan pada tahun 2001 apabila MKT membentangkan usul supaya tidak ada pertandingan No 1 dan No 2. Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan PAU sekali lagi bersetuju.

Pada tahun 2023, isu pertandingan dua jawatan itu tidak diusulkan oleh MKT tetapi usul tambahan daripada perwakilan.

Ia dibahas dan diundi.

”PAU bersetuju. No 1 DS Zahid Hamidi. No 2 Tok Mat Hasan (Mohamad Hasan),” tambah beliau lagi.

Ahmad Shabery berkata, meskipun keputusan itu sudah diputuskan, UMNO masih merupakan parti yang banyak melakukan perubahan dalam pucuk pimpinan parti berbanding parti-parti politik lain.

BBerkaitan

Latest articles