Tak Mustahil Tun M Kembali Bekerjasama Dengan Muhyiddin, Azmin Dan Tinggalkan PH Lagi

Seorang ADUN DAP, Ronnie Liu mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali menjalin kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Wakil rakyat Sungai Pelek itu berkata tidak mustahil untuk Dr Mahathir meninggalkan gagasan Pakatan Harapan (PH) jika menerima tawaran yang ‘lebih baik’.

“Beliau (Dr Mahathir) mungkin menggunakan jawatan tersebut untuk tawar-menawar dengan Muhyiddin, mungkin juga bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin jika tawaran itu baik dan meninggalkan PH,” tulisnya di Facebook.

Tambahnya lagi, Dr Mahathir sukar mendapatkan sokongan untuk kembali menjadi PM malah jika berjaya sekalipun, beliau mempersoalkan apakah Yang di-Pertuan Agong mahu menerima mengadap sekali lagi untuk isu yang sama.

Personal viewpoints :I could think of 7 risks or scenarios if tun m is made pm designate of ph …1. He may use this…

Gepostet von Ronnie Liu Tian Khiew am Mittwoch, 17. Juni 2020

“Jika Dr Mahathir kembali menjadi PM, beliau mungkin akan mereka masalah dan skandal baru untuk menyukarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PH yang lain.

“(Bahkan) Dr Mahathir mungkin tidak akan mengundurkan diri selepas tempoh enam bulan yang dijanjikan malah enggan melepaskan jawatan itu terhadap Anwar.

“Beliau mungkin meletak jawatan dan meninggalkan PH sekali lagi. Atau mungkin membubarkan dewan rakyat,” katanya lagi.

Liu turut mengingatkan Dr Mahathir dan Anwar bahawa apa juga kesepakatan yang dicapai antara mereka berkenaan dua jawatan penting itu tidak akan mengubah kemungkinan untuk Muhyiddin mengadakan pilihan raya lebih awal.

Soal calon perdana menteri kembali diperkatakan selepas mesyuarat Pakatan Harapan Plus pada minggu lalu gagal memuktamadkan sebarang keputusan.

Dikhabarkan PKR enggan menerima pencalonan Dr Mahathir, yang menawarkan diri ke jawatan berkenaan bagi tempoh enam bulan.

DAP pula mendesak PKR menyatakan pendirian berkenaan sokongan terhadap Dr Mahathir.

BBerkaitan

Latest articles