Tak Mustahil Muhyiddin Dapat Hampir 120 Undi

Penganalisis politik percaya pengaruh yang dimiliki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin goyah dan keadaan ini pastinya ‘tidak baik’ buat dirinya.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain juga berpandangan ini mungkin akan membuka jalan baru buat Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk bekerjasama dengan UMNO demi kelangsungan politiknya.

Pandangan Atory itu disuarakan selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa akan ada lagi Ahli Parlimen yang bakal mengikut jejak langkah bekas naib presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang meninggalkan PH mimggu lalu.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan seramai tujuh atau lapan orang lagi “kawannya” memberi petunjuk bersedia menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

Penganalisis politik yakin tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu Atory percaya sokongan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan yang mungkin mengambil tindakan yang sama akan meningkatkan keyakinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan sidang Parlimen tanpa digugat usaha pembangkang membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Jika sokongan ini menjadi kenyataan, maka Muhyiddin akan memperoleh hampir 120 undi majoriti di Parlimen,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles