Tak Mustahil Hadi Tewas Kali Ketiga Di Marang, Kata Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Melihat kepada suasana politik tanah air sejak kebelakangan ini, bekas penyandang Parlimen Marang menegaskan tidak mustahil untuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Demikian pandangan Datuk Seri Abdul Rahman Bakar yang pernah digelar ‘giant killer’ kerana mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum tahun 1986 dan 2004.

Sehubungan itu beliau percaya kedudukan Abdul Hadi boleh dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU kali ini

“Tak mustahil giant killer kedua bakal dilahir atau kembali lagi (selepas beliau),” ujarnya memetik laporan MalaysiaGazette.

Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi yang pernah menjadi Menteri Besar Terengganu.

Bercakap lebih lanjut, beliau percaya boleh menjadi realiti sekiranya tidak berlaku amalan ‘cah keting’ dan jentera BN bersatu hati.

Lebih-lebih lagi difahamkan Amanah dijangka meletakkan calon di Parlimen Marang yang berpotensi memecah undi PAS.

Menurut Abdul Rahman, kekalahan calon BN kepada Abdul Hadi sebelum ini sebenarnya amalan ‘cah keting’ dalam BN sendiri.

“Jika ini dapat dibendung, tak mustahil calon BN kali ini boleh menang kerana saya pernah membuktikannya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles