Tak Mustahil BN ‘Rampas’ Port Dickson Dari PKR

“Saya sedar di Port Dickson ‘underdog’ tapi saya akan kerja pagi, petang, siang hingga ke malam untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Parlimen ini.

Itu janji calon Barisan Nasional (BN), Datuk P Kamalanathan, selepas dipilih sebagai calon Parlimen P132 Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya juga selesa apabila ada yang memanggil saya ‘Cikgu Kamal’ kerana dulu saya pernah menjadi guru sebelum menceburi bidang Politik.

“Dengan semangat luar biasa rakan-rakan komponen di Port Dickson ini, kita akan mula ‘pembersihan’ Negeri Sembilan bermula dari pantai Port Dickson dan akan memberi kejayaan kepada Barisan Nasional secara keseluruhan dan dalam masa yang sama dapat menubuhkan kerajaan selepas tiga penggal,” katanya.

Katanya, dia yakin dengan kerjasama parti komponen BN Port Dickson, misi merampas kembali kerusi ini tidak mustahil walaupun bersaing dengan calon PKR yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, ini adalah medan pertempuran yang perlu digalas beliau, sekali gus membuktikan kemampuan parti komponen BN berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles