Tak Munasabah – Abdul Hadi Jawab Dakwaan Tun M Calon PRK Kemaman

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember ini masih lagi dibincangkan, demikian ujar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bahkan beliau menegaskan parti tidak akan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun sebelum ini timbul dakwaan penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri itu bakal bertanding atas tiket PAS.

Sebaliknya Abdul Hadi menyifatkan dakwaan itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

“Tidak munasabah (nak calonkan Dr Mahathir), kalau nak timbulkan biar munasabah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamat Tahunan Pas kali ke-69, hari ini.

Terdahulu sebuah portal menyebut sumber rapat Dr Mahathir kononnya PAS kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri itu sebagai calon pada PRK Kemaman.

Menurut laporan itu, kehadiran Dr Mahathir di Dewan Rakyat akan membolehkan ahli politik veteran itu membangkitkan isu negeri dengan lebih baik.

Pada PRU-15 lalu, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut melibatkan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dari Barisan Nasional (BN).

Namun kemenangan Che Alias dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya.

BBerkaitan

Latest articles