Tak Letak Jawatan, Mohd Redzuan Sokong Kepimpinan Muhyiddin

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini menjawab spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

Dalam sidang media khasnya, Redzuan menegaskan dirinya tidak akan meletak jawatan seperti yang didakwa dan akan terus bekerjasama bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membangunkan negara.

“Sekali lagi saya ulangi saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan,” katanya di sidang media dia kediamannya di Kajang, hari ini.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu percaya spekulasi yang bertebaran sejak seminggu ini bertujuan untuk menggugat kestabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Redzuan dalam sidang media yang sama berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.

“Saya yakin (kerajaan dipimpin Muhyiddin) dan dengan apa yang kita ada selama ini.

“Tidak perlu orang lain nak politikkan keadaan semasa dan bersama kita bantu negara bagi menghadapi pasca Covid-19,” katanya lagi.

Khabar angin bahawa Redzuan akan meletak jawatan bermula sejak 29 Mei lalu apabila turut mengaitkan nama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh akan mengambil langkah yang sama.

Shahruddin bagaimanapun pada semalam melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri namun masih menyokong kerajaan PN.

 

BBerkaitan

Latest articles