“Tak Lama Lagi Bubar Parlimen” – PM

KUALA LUMPUR: “Percayalah sikit sahaja lagi (untuk PRU15). Tidak lama lagi (bubar Parlimen).”

Demikian jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menjawab spekulasi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ismail Sabri berkata beliau akan berjumpa dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen.

Kenyataan Ismail Sabri itu disambut dengan laungan ‘bubar’ di hadapan lebih 10,000 orang Pemuda BN.

Naib Presiden UMNO itu juga melahirkan keyakinan tinggi BN akan memenangi PRU15 kelak.

“Kalau saya dah Presiden setuju bubar Parlimen, insya Allah kita akan menang besar… jadi serahkan kepada saya dan Presiden untuk tentukan… bila tarikhnya saya akan tentukan. dengan Presiden… namun percayalah sikit sahaja lagi.

“Insya Allah dalam waktu terdekat akan berjumpa berbincang yang penting apabila Parlimen dibubarkan, apabila PRU15 diadakan mesti menang.

“Itu paling penting… kalau PRU diadakan tak mampu kuasai kerusi bentuk kerjaan akan kembali seperti sebelum PRU14,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri menekankan, kemenangan BN adalah penting untuk PRU15 ini, jika tidak komponen parti ini akan mengulangi situasi PRU14 yang tewas kepada pembangkang.

Justeru itu, jentera parti termasuk Pemuda BN perlu terus mendekati pengundi muda dan memenangi perang media sosial ke atas pembangkang.

BBerkaitan

Latest articles