Tajuddin Kembali Bertugas Seperti Biasa Pagi Ini, Tidak Ditahan SPRM

Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dilaporkan  dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung satu kes dilihat memasuk pejabatnya pagi ini.

Menurut beberapa laporan portal berita tempatan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dipanggil semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil untuk memberi keterangan.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, pagi ini Tajuddin sudahpun kelihatan berada di Ibu Pejabat UMNO untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.

Beliau dilihat sedang mengimbas kod Mysejahtera sebelum memasuki premis di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Putra putra di ibu negara, pagi ini

Ahli Parlimen Pasir Salak itu tiba sekitar jam 11.30 pagi menjalankan tugasnya berhubung persediaan parti menghadapi Pilihanraya Umum ke -15 (pru-15)

Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

BBerkaitan

Latest articles