Tajuddin Dedahkan Gerakan Jatuhkan Ahmad Zahid ‘Tak Jadi’ Selepas Diganggu

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengakui wujudnya gerakan dalam UMNO menuntut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan.

Menceritakan lebih lanjut, Ahli Parlimen Pasir Salak itu memperincikan bahawa pertemuan berlangsunh di rumahnya pada Mei 2020, yang disertai oleh beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

“Kita buat memorandum minta (Ahmad) Zahid turun dengan baik demi UMNO.

“Pertemuan itu dibuat Mei tahun 2020,” katanya dalam sidang media khas di hotel Eastin, Petaling Jaya.

Ujar Tajuddin, perjumpaan menggerakkan usaha menjatuhkan Ahmad Zahid diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Bukan nak tendang dia (Ahmad Zahid), tak baik. Ketuanya Tok Mad (Datuk Seri Mohamad Hasan), Bossku (Datuk Seri Najib Razak) suruh kumpulkan buat tinjauan berapa Ketua Bahagian yang setuju, 130 orang setuju (Ketua Bahagian), Perak 18, Selangor 17,” katanya.

Bagaimanapun usaha gerakan itu terhenti di pertengahan jalan apabila kumpulan berkenaan diganggu ‘orang dalaman’ Ahmad Zahid.

Menerusi sidang media yang sama juga, Tajuddin turut menyatakan bahawa Ahmad Zahid mengetuai gerakan Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu, menurut beliau adalah penting untuk ahli-ahli parti itu tahu apa yang direncanakan Ahmad Zahid

“Saya saksi hidup. Ada diminta tandatangan surat sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kata No DAP, No Anwar tetapi memang ada SD (UMNO) sokongan Anwar kepada Istana. Saya diminta tandatangan.

“Mula-mula saya tak nak, tetapi dah masam muka, tandatangan juga,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menamakan beberapa Ahli Parlimen lain yang menandatangani akaun bersumpah itu, antaranya Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

“Ahli Parlimen lain? Datuk Seri Hishammuddin saya tak ingat, KJ (Khairy Jamaluddin) pun saya tak ingat (tanda tangan SD) atau tidak,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles