Tahap Kesihatan Juruterbang, Keadaan Pesawat Baik Ketika Nahas Berlaku

KUALA LUMPUR: Laporan awal tragedi nahas pesawat di Elmina, 17 Ogos lalu menyatakan bahawa pesawat Beechcraft 390 itu disahkan mempunyai sijil kelayakan dan diselenggara dengan baik.

Begitu juga dengan tahap kesihatan kedua-dua juruterbang berkenaan, yang mana mereka juga mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, begitu juga dengan hasil sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Laporan 26 muka surat nahas yang meragut nyawa 10 orang itu.telah dimuat naik di laman rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT).

Laporan itu menyebut, pesawat terbakar disebabkan magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan.

“Kejadian itu berlaku pada waktu siang dengan jarak penglihatan yang jelas sehingga lebih 10 kilometer dan keadaan meteorologi yang baik.

“Tiada bukti ketidaupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan. PIC dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada,” menurut laporan tersebut.

Dalam masa yang sama, laporan itu turut mengesahkan tiada sisa atau bangkai unggas pada struktur pesawat.

Untuk rekod, siasatan ke atas nahas yang berlaku di Bandar Elmina, Shah Alam itu dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Selain itu, laporan berkenaan memaklumkan fail audio dan kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat telah berjaya dipulihkan oleh makmal di Amerika Syarikat (AS).

BBerkaitan

Latest articles