KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap siasatan berhubung surat bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang memohon sokongan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada 25 November...
KUALA LUMPUR: Penggunaan identiti samaran, akaun palsu dan perubahan formulasi kimia bahan sintetik baharu antara cabaran utama pihak berkuasa mengesan kegiatan pengedaran dadah 'Piu-Piu' di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kepelbagaian bahan psikoaktif baharu (NPS) serta perubahan struktur kimianya turut menyukarkan proses pengesanan awal, analisis forensik dan penentuan status perundangan bahan berkenaan.
Menurutnya, cabaran turut timbul apabila sindiket menggunakan teknologi...