KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner, bahawa dia menawarkan diri membantu beberapa guru perempuan untuk mencari diari milik Zara Qairina Mahathir di bilik asrama remaja itu selepas tiada pelajar yang berani berbuat demikian.
Keterangan itu diberikan oleh saksi kanak-kanak ke-28, yang sebilik dengan Zara Qairina di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar pada hari ke-32 prosiding inkues kematian remaja berkenaan...
KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaan ketujuh (SP7), Pui Siew Foon, memberitahu Mahkamah bahawa beberapa perenggan penting dalam pernyataan saksinya adalah tidak benar berdasarkan keterangan yang diberikannya kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Beliau berkata, beliau tidak berhasrat untuk meminda pernyataan tersebut tetapi mahu mengubahnya supaya ia selari dengan maklumat yang diberikan kepada pihak SPRM ketika memberi keterangan.
Menurutnya, perubahan itu dibuat...