PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan kerajaan dan polis bertanggungjawab atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.
Dalam kenyataannya hari ini, AGC memaklumkan keputusan untuk merayu dibuat selepas meneliti secara menyeluruh penghakiman yang dibacakan Hakim Su Tiang Joo semalam.
“Setelah mempertimbangkan keputusan tersebut, jabatan ini akan memfailkan rayuan terhadap...
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengakui Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menyatakan hasrat untuk menyerahkan kepimpinan tertinggi kepadanya apabila tiba waktunya.
“Umum tahu bahawa presiden mahu menyerahkan ‘baton’ kepada saya apabila beliau bersedia,” kata Ketua Pembangkang itu dalam wawancara bersama stesen radio BFM baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Larut itu berkata, peralihan kuasa tersebut bukan isu mendesak dan...