KANGAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan terperinci dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung langkah susulan terhadap titah adendum berkaitan permohonan tahanan rumah oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Zahid, kerajaan kini sedang meneliti saluran perundangan yang sesuai dan tindakan susulan akan dilaksanakan secepat mungkin, namun tetap tertakluk kepada kuasa mutlak Yang di-Pertuan...
JOHOR BAHRU: Pembangkang diseru untuk menggunakan saluran demokrasi yang sah seperti undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya benar-benar mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata perhimpunan jalanan seperti ‘Himpunan Turun Anwar’ yang berlangsung hari ini tidak membawa sebarang kesan politik yang sah dan tidak mencerminkan kematangan berpolitik dalam negara.
“Kalau mahu juga Perdana Menteri turun sebelum...