MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana semalam, disahkan meninggal dunia awal pagi tadi selepas hampir 16 jam bertarung nyawa di hospital.
Perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh bapanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya sekitar jam 3.30 pagi.
“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama orang-orang beriman....
PUTRAJAYA: Seorang tokoh ulama pondok terkemuka menzahirkan harapan agar kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan, sambil memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan secara kerap hanya akan memberi kesan buruk kepada pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.
Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, menyuarakan pandangannya itu ketika memberi ceramah dalam Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra malam tadi.
Menurut beliau, usaha...