PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam agar terus mempertahankan legasi keilmuan Islam serta memperkukuh hubungan antara ulama dan umara dalam mendepani cabaran era moden, termasuk perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi.
Beliau mengingatkan bahawa kejayaan teknologi mesti didasari dengan nilai, akhlak dan kefahaman agama yang mendalam kerana aspek itu menjadi tunjang kekuatan umat Islam sejak sekian lama.
"Kalau kita tidak...
NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi berpangkalan di New York, Astronomer, Andy Byron meletakkan jawatan selepas klip video memaparkannya berpelukan dengan seorang kakitangan wanita semasa konsert Coldplay menjadi tular.
Dalam kenyataan yang dikongsikan kepada CNN pada Sabtu, Lembaga Pengarah Astronomer memaklumkan telah menerima peletakan jawatan Byron dan kini sedang menjalankan proses pencarian calon pengganti untuk mengetuai syarikat tersebut.
Insiden berkenaan berlaku di Stadium Gillette,...