ALOR SETAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membincangkan calon pengganti Shuhaily Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), susulan keputusan menamatkan peminjamannya ke agensi itu dan mengembalikannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebarang tindakan terhadap penjawat awam yang berdepan siasatan serta pertuduhan jenayah perlu diuruskan mengikut peraturan dan prosedur perkhidmatan awam...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer, mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mensabotaj kerajaan Madani menerusi kenyataan berhubung pembatalan beberapa projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Rayer (PH-Jelutong) berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan tidak mengambil berat terhadap keperluan infrastruktur penduduk di kedua-dua negeri berkenaan, termasuk masyarakat luar bandar...