KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan kononnya hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin keruh sehingga menjejaskan perjalanan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO itu sebaliknya menegaskan hubungan beliau dengan Anwar kekal baik, malah menafikan laporan bahawa mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini terpaksa ditamatkan lebih awal susulan ketegangan antara mereka.
Menurut Zahid, mesyuarat berkenaan berlangsung seperti biasa...
​KUALA LUMPUR: Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2026 yang berlangsung hari ini meluluskan beberapa usul penting dalam usaha memperkukuh peranan, kepimpinan dan perwakilan wanita dalam parti, masyarakat serta pembentukan dasar negara.
​Antara usul utama yang diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan (NEC) ialah memandu perwakilan politik wanita menerusi penubuhan Dana Insentif khas serta penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pariti Gender.
​Selain itu, kongres turut meluluskan usul pelaksanaan pembaharuan menyeluruh...