KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengarah kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yu-hsin, yang ditemui mati di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengesahkan perintah reman itu yang berkuat kuasa sehingga 10 November.
Terdahulu, Namewee menyerah diri kepada polis pagi tadi...
KUALA LUMPUR: Suasana Dewan Rakyat hari ini menjadi tegang apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN), mencadangkan supaya Parlimen ditutup semula kerana didakwa gagal berfungsi sebagai institusi perundangan yang bebas dan berwibawa.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa, Shahidan mendakwa Parlimen Malaysia tidak menepati standard antarabangsa sebagai institusi bertaraf dunia.
“Parlimen seharusnya menjadi institusi bebas dan berwibawa, tetapi di Malaysia...