KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti amalan terbaik beberapa negara termasuk India dalam usaha memperkukuh sistem keterjaminan makanan negara, khususnya berkaitan stok penimbal, pengagihan dan rantaian bekalan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu turut diambil ketika kerajaan sedang menggubal Akta Keterjaminan Makanan Kebangsaan bagi memastikan dasar berkaitan lebih menyeluruh.
Menurutnya, usaha memelihara keterjaminan makanan negara berdepan pelbagai cabaran termasuk gangguan rantaian...
KUALA LUMPUR: Hak sesebuah negara untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah tidak boleh dijadikan alasan untuk menggunakan kekerasan terhadap gerakan pemisah tanpa batas, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, kesahan sesuatu tindakan perlu dinilai berdasarkan fakta, keadaan sebenar setiap kes serta undang-undang antarabangsa yang terpakai.
“Pada prinsipnya, sesebuah negara berdaulat mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayahnya melalui langkah-langkah yang...