BATU GAJAH: Penyebaran berita palsu kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah boleh mengundang kegusaran rakyat serta mengganggu persiapan pentadbiran, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau menegaskan orang ramai perlu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya, terutama berita yang melibatkan institusi diraja dan urusan kerajaan.
Saarani berkata, dakwaan pembubaran DUN itu turut mengejutkan barisan Exco negeri apabila...
SEREMBAN: Selepas empat hari tidak muncul memberikan penjelasan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim hari ini memberi bayangan perkembangan penting mungkin berlaku esok, ketika kemelut kepimpinan negeri itu masih belum menemui noktah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dipercayai akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap, esok.
Bagaimanapun, Ismail tidak mengesahkan secara langsung tujuan...