KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, beliau berkata perkara itu dinyatakan semasa pertemuan ringkas dengan beberapa pemimpin di luar Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar semalam.
Pemimpin berkenaan ialah Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed...
GERIK: Suasana di sekitar Sungai Air Kala, Selat Pagar petang semalam gempar apabila mayat seorang bayi ditemui terdampar di persisiran sungai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan tersebut sekitar jam 2.15 petang.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat bayi tersebut,” katanya...