KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan syarikatnya, LZJ Management, sementara pertikaian berkenaan belum diselesaikan.
Permohonan injunksi interim itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu, lapor Berita Harian.
Dalam permohonan itu, Zii Jia menamakan bapanya, Lee Chee Hin; kakaknya, Lee Zii Yii; adiknya, Lee...
KUALA LUMPUR: Model perniagaan yang tidak memposisikan Segamat Inland Port (SIP) sebagai pusat logistik bersepadu antara faktor utama menyebabkan kemudahan pelabuhan darat itu gagal beroperasi secara optimum sebelum ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengendali terdahulu lebih menumpukan kepada industri perkilangan dan pembuatan di sekitar Segamat berbanding membangunkan SIP sebagai sebuah Integrated Logistics Hub.
Menurutnya, SIP turut berdepan persaingan sengit daripada syarikat pengangkutan darat...