KUALA LUMPUR: Amanah Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Labuan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, ketiga-tiga kawasan berkenaan wajar dibincangkan bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) memandangkan ia bukan kerusi milik gabungan itu ketika ini.
Beliau berkata, hasrat berkenaan perlu dibawa ke meja rundingan bagi mendapatkan persetujuan parti-parti komponen PH berhubung pembahagian kerusi...
KUALA LUMPUR: Polis digesa memberikan penjelasan kepada umum berhubung status laporan polis yang dibuat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar susulan kontroversi pelaksanaan perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihak polis wajar memaklumkan sama ada siasatan sudah dimulakan, laporan masih dalam penelitian atau keputusan telah dibuat...