KUALA LUMPUR: Seorang pendaki yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemukan hidup pada Rabu semasa operasi pencarian oleh pihak berkuasa di Australia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik ABC News.
Hadi Nazari, seorang pelajar universiti berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan yang berceranggah di New South Wales.
Menurut laporan, Nazari seorang pendaki berpengalaman, sedang mendaki bersama dua rakan...
KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dihantar seorang pengasuh taska ke sebuah klinik di Bandar Saujana, Selangor pada 3 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akhmalrizal Radzi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, katanya, polis telah menerima laporan kejadian itu daripada seorang doktor dari klinik di...