KUCHING: Langkah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, proses penstrukturan itu perlu dilakukan di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah ketika ini.
Menurutnya, beliau juga merancang bertemu dengan Petronas untuk mendapatkan butiran terperinci mengenai proses penstrukturan semula itu.
“Itu (cabaran...
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama yang lebih mantap antara negara-negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dalam menangani kekejaman berterusan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Bercakap kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini, Anwar menegaskan bahawa usaha menghentikan konflik yang berpanjangan ini memerlukan tindakan kolektif serantau dan antarabangsa, bukan hanya daripada satu negara.
“Kita...