PASIR MAS: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar tahun ini dengan rampasan pil kuda seberat 35.4 kilogram bernilai RM5.04 juta hasil enam serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat, Jumaat lalu.
Operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama kontinjen Kelantan itu juga membawa kepada penahanan lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 25 hingga 39 tahun, dipercayai anggota utama...
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap pelbagai aset mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu melibatkan wang tunai bernilai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam sebuah safehouse.
“Siasatan sudah lengkap. Kini ia di peringkat Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR)...