KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada pertuduhan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak berhubung kes projek 1BestariNet.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender tersebut.
Keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan siasatan yang dijalankan sejak September lalu.
Katanya, siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, yang memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam...
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya video pornografi yang membabitkan murid sekolah di negara ini.
Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membendung isu tersebut.
“Kita ambil serius sepenuhnya dan kita bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anak-anak kita terus dilindungi khususnya anak-anak di...