KUANTAN - Polis sedang mengesan wanita yang mendakwa kononnya akan melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita siasat perkara ini dan dalam tindakan mengesan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lepas Istana Pahang menafikan satu...
KUALA LUMPUR: Bapa kepada bayi yang dibekukan selama 16 hari, Muhammad Adham Mikail telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, hari ini.
Beliau turut ditemani seorang peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Laporan itu dibuat terhadap sebuah hospital swasta yang terletak di kawasan Klang kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah.
Sebelum ini tular mengenai satu kes mayat bayi lelaki yang didakwa ditahan dalam peti sejuk beku...