KUALA LUMPUR: Bermula 1 Mac ini, warga asing tidak lagi dibenarkan membeli minyak masak peket bersubsidi berharga RM2.50 apabila kerajaan memperkenalkan larangan rasmi melalui peruntukan undang-undang sedia ada.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, larangan itu akan dilaksanakan menerusi Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan di bawah Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961, yang kini sedang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara...
KUALA LUMPUR: MMC Gamuda mengemukakan notis tuntutan berjumlah lebih RM2.8 bilion terhadap Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), susulan pertikaian berkaitan pembinaan projek MRT Laluan Putrajaya.
Tuntutan tersebut difailkan melalui anak syarikat milik penuhnya, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, selaku rakan penyampaian projek (project delivery partner, PDP).
Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat, MRT Corp selaku plaintif telah memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi...