KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun pagi tadi selepas dipercayai mengeluarkan ugutan jenayah serta menyalahgunakan kemudahan rangkaian terhadap seorang pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I.
Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, suspek ditahan kira-kira jam 7 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Semporna.
“Pada September lalu, polis menerima laporan daripada pengadu mengenai satu kenyataan di laman Facebook...
KOTA KINABALU: Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu berhubung ugutan diterimanya selepas menjadi saksi di Mahkamah Koroner dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, laporan polis itu dibuat oleh Dr Hiu pada Jumaat.
“Ada terima ugutan yang dimaklumkan oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth. Kes sedang dalam siasatan...