KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.
“Namun, perkara itu sukar berlaku jika rakyat, khususnya golongan belia dan anak muda, masih melayan budaya terlalu selesa, tidak mahu berubah malah terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak,” katanya dalam majlis santai bersama diaspora Malaysia...
Kuala Lumpur, 20 Januari 2025 - Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan rekod tertinggi pada tahun 2024, dengan jumlah perdagangan mencapai RM2.879 trilion, peningkatan 9.2% berbanding tahun sebelumnya.
Eksport negara meningkat kepada RM1.508 trilion (+5.7%), sementara import turut melonjak 13.2% kepada RM1.371 trilion. Ini menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM136.88 bilion, menandakan tahun ke-27 berturut-turut dengan lebihan dagangan sejak 1998.
Eksport ke rakan dagang utama seperti ASEAN, Amerika Syarikat...