KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini menegaskan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting dan tidak seharusnya dipolitikkan, susulan pelbagai kritikan berhubung kelewatan pelantikan yang didakwa mencetuskan “krisis perlembagaan”.
Dalam satu kenyataan, Istana Negara menjelaskan pelantikan hakim dibuat mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, iaitu oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
“Perkara ini secara jelas menzahirkan prinsip semak...
AMPANG: Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai “CEO Batu” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, dua bulan lalu.
Tertuduh, Iqbal Muhammad, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.
Mengikut pertuduhan, Iqbal didakwa melakukan gangguan seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dengan niat untuk dilihat oleh...