MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kembali menerajui kerajaan negeri selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua hari ini.
Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Pelantikan semula itu menyusul keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan BN dan Perikatan...
MELAKA: Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) menguasai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 perlu disusuli prestasi pentadbiran yang meyakinkan, bukannya membuatkan parti itu terbuai dengan kemenangan sehingga mengabaikan harapan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sokongan yang diterjemahkan menerusi kemenangan BN bersama rakan kerjasamanya itu membawa tanggungjawab besar untuk memastikan setiap janji sepanjang kempen ditunaikan.
Menurutnya, keutamaan kerajaan negeri selepas memperoleh...