KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera ringan selepas menceroboh landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan antara Teluk Pulai dan Klang hari ini.
KTMB, menerusi satu kenyataan memaklumkan, operasi KTM Komuter terjejas dan mengalami kelewatan lebih sejam pagi tadi selepas tren terlanggar lima penceroboh itu di KM34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.
Kejadian itu berlaku jam 6.39 pagi melibatkan tren KTM Komuter...
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah agar perayaan Tahun Baharu Cina membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.
"Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini dapat mengukuhkan lagi...