AMPANG: Bekas pelumba lebuh raya kebangsaan, Nor Effandy Rosli, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan, tahun lalu.
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 1998 itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.
Nor Effandy, 58, didakwa melakukan gangguan dengan niat seksual terhadap mangsa dengan cara mengurut paha, payu dara, dan punggung mangsa di kedai basikal...
CYBERJAYA: Mahkamah Majistret Sepang hari ini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman terhadap tiga suspek yang disiasat berhubung kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, perintah lanjutan reman itu berkuat kuasa mulai 4 hingga 10 Julai bagi membolehkan siasatan diteruskan.
“Siasatan masih berjalan,” katanya ringkas ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Mangsa, Maniishapriet Kaur, 20, pelajar Ijazah...