KLUANG: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mencemar duli merasmikan Laman Rel Mahkota di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kluang sambil memandu sendiri tren elektrik generasi baharu, ETS3, dari Kuala Lumpur ke Johor.
Laman Rel Mahkota yang dibangunkan sepanjang 2.8 kilometer di bawah jajaran viaduct Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 25 Ogos 2025 (Isnin)....
KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan bahawa mereka tidak menutup pintu untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dalam politik semasa, parti yang bergerak sendirian semakin tidak relevan, justeru gabungan menjadi pilihan utama.
“PN tetap akan bertanding atas tiket gabungan. Kerjasama dengan Warisan tidak mustahil kerana dalam politik apa...