KOTA KINABALU: Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa pernyataan saksi remaja pertama telah tersebar di media sosial.
Remaja berkenaan, yang merupakan antara tertuduh dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, dijadual memberi keterangan hari ini namun susulan insiden itu, Amir Shah memutuskan untuk menangguhkan prosiding sehingga Isnin ini.
“Saya amat kecewa dengan perkara ini. Sila...
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesahkan kertas siasatan insiden kekecohan ketika operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu, yang menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi cedera di kepala akibat dibaling objek, akan diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) petang ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya turut mencadangkan pertuduhan terhadap kesemua lapan individu yang ditahan...