PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan ketidakhadiran wakil kementerian ketika giliran menjawab soalan ketiga di Dewan Rakyat hari ini berpunca daripada perubahan mendadak aturan urusan mesyuarat susulan kelewatan Ahli Parlimen Kepala Batas mengemukakan soalan kedua.
KKM dalam kenyataan media hari ini berkata, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib, sebenarnya sudah hadir di Parlimen dan sedang mengadakan perbincangan akhir bersama pegawai kementerian di ruang luar...
KUALA LUMPUR: Ketiadaan Menteri Kesihatan dan timbalannya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Parlimen.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kegagalan kedua-dua pemimpin kementerian itu hadir sehingga menyebabkan soalan lisan nombor tiga tidak dapat dijawab adalah sesuatu yang memalukan kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, soalan berkenaan dikemukakan Ahli Parlimen...